Wednesday, 11 March 2009

Silaturrahim terjalin melalui sukan

Tarikh :1.3.2009( Ahad )
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Padang 8 RAMD, Kuala Lipis.

Perlawanan persahabatan bola jaring antara pasukan BAKAT dan pasukan Kg.Chegar Perah ( Penyandang Tempat Kedua Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Dun Padang Tengku Tahun 2008 ) .. walaubagaimanapun pemain yang mewakili pasukan Kg.Chegar Perah bukanlah pemain utama yang bermain untuk pasukan tersebut semasa sukan komuniti dahulu. Dalam perlawanan persahabatan tersebut BAKAT telah mengalahkan pasukan Kg.Chegar Perah ,... namun di sebalik semuanya itu... satu ikatan silaturrahim yang baru telah terjalin antara kedua - dua pasukan. Insya Allah BAKAT akan membuat lawatan balas ke Kg. Chegar Perah untuk perlawanan persahabatan yang berikutnya..... Alhamdulillah semoga hubungan yang terjalin akan terus berkekalan....
Semoga selepas ini , rakan -rakan di kg.Chegar Perah tidak lagi akan terasa dipinggirkan .... semoga mereka akan lebih yakin untuk terus melangkah kehadapan dan membuktikan bahawa mereka juga boleh melakukannya. " KEYAKINAN DIRI ADALAH ASAS KEPADA KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN ".......
Jutaan terima kasih buat Brother Halim ( Naib Ketua Pemuda UMNO Lipis yang juga AJK UMNO Bahagian Lipis ) yang sudi memberi sumbangan untuk Cenderahati Perlawanan Persahabatan tersebut , Puan Hajah Naziah dari BAKAT atas kesudian untuk menyampaikan sedikit cenderahti buat para pemain dan pengurus kedua -dua pasukan, Puan Hasnah yang sudi menjadi pengadil pada petang tu , Puan Zaharah ( Ketua Wanita Kg.Chegar Perah ) ,Cik Fidah ( Ketua Puteri Kg.Chegar Perah )dan Busu Mi ( Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kg.Chegar Perah ) yang sudi turut serta memberi sokongan untuk menjayakan program tersebut , juga buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya... terima kasih atas segala- galanya.
" DARI DAIK PULANG KE DAIK ,
SEHARI - HARI BERKEBUN PISANG;

Wednesday, 25 February 2009

Madah buat teman

" Persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan , hamparan buih nan memutih hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Justeru itu untuk mencari sahabat sejati amatlah sukar.Ramai bersama berkongsi suka namun tiada yang ingin menemani meniti duka......"
" Sahabat sejati tidak perlu berada di sisi kita pada setiap masa. Mungkin dalam setahun pertemuan dengannya boleh di bilang jari , namun hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di jiwa. Adakala kehilangan teman , membuat diri kehilangan punca dan sampai bila-bila pun nilai persahabatan itu akan tergenggam erat di diari ingatan."

Monday, 23 February 2009

1st Blog

Testing 1st post in this blog.